Banner created with MyBannerMaker.com

Jumaat, 26 Februari 2010

PERISTIWA BULAN RABIULAWAL

Pengertian.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya
di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim bunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam,
Rasulullah SAW telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN RABIULAWAL

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam
bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah SAW,

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 23
April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan
sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiulawal di setiap tahun sehinggalah sekarang.

Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad SAW
berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika ini di sebut Yatsrib.
Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari
Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah SAW diantara tentera islam dan tentera
kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama),
Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyam.

Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah SAW.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah
isterinya Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Abu Bakar r.a Menjadi Khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera
melantik saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak
boleh terhenti walau seketika dan ini adalah nadi sesebuah kerajaan dan sebahagian sahabat pula
menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah SAW yang diketuai oleh Saidina Ali.

Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan
Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar

Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka
pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

Kejatuhan Empayer kerajaan Islam Sepanyol.

Kubu terakhir tentera Islam si Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh
Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan
umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Isnin, 22 Februari 2010

Maulidur Rasul

HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H.

12 Rabiul-Awwal. Semua umat muslimin akan menyambut Maulidur Rasul, sempena menyambut kedatangan Ar-Rasul ke bumi, pendakwah akhir zaman. Mari kita selawat keatasnya.

Tetapi apa yang kita risaukan pada hari ini, ramai umat muslim termasuk diri ini, tidak mengerti akan maksud hukum sebenar mengenai sambutan maulidur rasul. Ramai yang akan googling untuk mencari mengenai hukum sambutan maulidur rasul. Jadi apakah hukum sebenar mengenai sambutan maulidur rasul ini...?


HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H.

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw."

Sabtu, 20 Februari 2010

Nombor-nombor Kecemasan

BILA KECEMASAN HUBUNGI SIAPA??.....(perlu ambil tahu) Bila satu kecemasan berlaku tidak kiralah apa-apa sekalipun, kebakaran, kecurian, pecah rumah, DLL kita selalu panik, kekadang kita buat benda yang tak sepatutnya kita buat dulu.. contoh.. rumah di pecah masuk, kita tunggu mak bapak dulu.. bukan menghubungi pihak berkuasa dulu,

Bagi kita kebiasaan bila berlaku kecemasan hanya 3 nombor dalam kepala otak kita 999,
Ini adalah no yang biasa kita ingat, tapi selain itu ada lagi no lain yang kita perlu ingat seperti no Balai Polis berdekatan.
kita selalu salah sangka 999 ini adalah satu talian terus dari pihak berkuasa seperti Polis dan Bomba, tapi sebenarnya kita salah, 999 ada satu talian dari telekom yang apabila di hubungi operatornya akan mengklasifikasikan jabatan mana perlu di sambung sama ada Polis, Bomba atau Pertahanan Awam. disebabkan 999 adalah bukan talian terus selalu menyebabkan operator salah maklum kawasan pihak berkuasa, misalan kejadian berlaku di Kepala Batas Penang, tapi dimaklumkan ke Kepala Batas Alor Setar.

Tujuan post sebenar post ini aku nak bagi no direct line pihak POLIS untuk kita hubungi terus sekiranya sebarang kejadian jenayah berlaku dan dapat mengelak terus dari sebarang kejadian lebih teruk berlaku. di bawah aku sertakan, dan nanti aku beritahu bagaimana mahu guna.

bagi kawasan Lembah Kelang (KL)
HOTLINE 03-21159999
SMS: POLISKL 32728

bagi kawasan Selangor
HOTLINE 03-20529999
SMS: POLISSEL 32728

bagi kawasan Perlis
HOTLINE 04-9711999
SMS: POLISPLS 32728

bagi kawasan Kedah
HOTLINE 04-7392999
SMS: POLISKD 32728

bagi kawasan PULAU PINANG
HOTLINE 04-2691999
SMS: POLISPG 32728

bagi kawasan PERAK
HOTLINE 05-2401999
SMS: POLISPK 32728

bagi kawasan NEGERI SEMBILAN
HOTLINE 06-7619999
SMS: POLISNS 32728

bagi kawasan MELAKA
HOTLINE 06-2851999
SMS: POLISMK 32728

bagi kawasan JOHOR
HOTLINE 07-2212999
SMS: POLISJOH 32728

bagi kawasan PAHANG
HOTLINE 09-6270999
SMS: POLISPH 32728

bagi kawasan TERENGGANU
HOTLINE 09-7540999
SMS: POLISTR 32728

bagi kawasan KELANTAN
HOTLINE 09-7540999
SMS: POLISKLN 32728

bagi kawasan SABAH
HOTLINE 088-318555
SMS: POLISSBH 32728

bagi kawasan SARAWAK
HOTLINE 082-240800
SMS: POLISSWAK 32728

Ok aku dah bagi no telefon talian terus untuk pihak polis kawasan masing-masing, harap kawan-kawan dapat simpan dalam telefon bimbit masing-masing,
Sekarang aku akan ajar untuk menggunakan no telefon atau SMS, contoh satu kejadian ragut telah berlaku di depan mata anta dan anda lihat mangsa dalam keadaan binggung/panik (keadaan biasa berlaku pada mangsa) perkara pertama anda buat, cuba catit/ingat no pend m/sikal, jenis, warna dan apa-apa yang anda cam saspek tersebut, hubungi hotline secepat mungkin dan (hotline tersebut adalah bilik gerakan tiap-tiap kontijen) jadi bilik gerakan terus akan keluarkan arahan mencari saspek kepada kereta peronda paling hampir dengan kawasan tersebut, dan sekiranya anda tidak mahu menghubungi secara terus gunakan SMS tindakan sama akan di ambil.
Sekiranya anda hubungi 999, pihak 999 akan cuba kenal pasti kawasan mana kejadian, selepas itu operator akan sambungkan dengan no hotline(bilik gerakan) yang aku bagi tadi dan tindakan baru akan di ambil, jadi jika anda hubungi 999 ada 2 tapisan perlu berlaku dan ini akan merugikan masa.

SMS, terpulang untuk anda sama ada mahu mendaftara atau tidak, kedua-dua boleh digunakan, 32728!! susah nak ingat kan?? sebenarnya tak pun.. paling senang nak ingat, cuba kita taip D.A.P.A.T pada kekunci telefon kita... tu lah no 32728 ^_^,
contoh penggunaan, sekiranya anda rasa ada penceroboh di dalam rumah anda dan anda sedang bersembunyi di dalam rumah, anda takut kalau hubungi polis akan di dengar, inilah gunanya SMS, SMS polis alamat dan sebagainya, pihak bilik gerakan akan minta peronda terdekat untuk periksa alamat yang di berikan.....

Selasa, 16 Februari 2010

Mengapa Lupaaaa!

44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya


Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

selamat beramal.....

Jangansengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Isnin, 15 Februari 2010

Valentine Day / Hari Kekasih

Hari Valentine Hari ini 14 Februari sudah pastinya harga bunga ros akan jauh lebih mahal daripada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Tidak ketinggalan juga radio dan tv menyiarkan rancangan istimewa bersempena dengan Hari Valentine atau Hari Mengingati Kekasih ini. Setiap tahun pada hari ini ramai pasangan kekasih akan meraikannya.

Pada hari ini, bunga ros dan kadang-kadang berserta hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.



Bolehkah hari Valentine diraikan oleh umat Islam?
Apakah hari Valentine itu? Siapakah Valentine sebenarnya? Kenapa ianya dikenali sebagai hari memperingati kekasih? Bila dan bagaimanakah sambutan ini bermula? Kenapa pada 14 Februari? Bolehkah hari Valentine ini disambut oleh umat Islam? Sebenarnya terdapat beberapa cerita tentang hari kekasih ini. Beberapa orang ulama juga telah membuat kenyataan mengenai hukum menyambut hari kekasih ini.

Berikut disenaraikan beberapa penulisan yang berkaitan dengan persoalan di atas;

Catatan Pendita Perayaan Valentine’s Day Atau Hari Kekasih
Al-Islahonline Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine
Utusan Malaysia Murtad Sambut Hari Kekasih
Utusan Malaysia Haram Sambut Hari Kekasih
Mutiara Hati Valentine's Day, Apa Pandangan Islam?
Dunia Hatiku Sambutan Yang Mengarut!
Wadah Wanita Islam Usah Terperangkap Jerat Cinta Valentine
Jabatan Mufti Negeri Selangor Hukum Menyambut Valentine's Day
Mohd Hariri Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Sesudah membaca penulisan di beberapa laman web di atas, persoalan tentang hari Valentine akan terjawab atau mungkin timbul pula beberapa kemusykilan lain. Bagaimana pula dengan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas?

Walau apapun sama-samalah difikirkan dan fahamilah nas dan hujah yang diberikan supaya tidak silap meletakkan pendirian diri. Di samping niat yang betul bila melakukan sesuatu itu.

BENDERA MALAYSIA JALUR GEMILANG

Bendera Malaysia Jalur Gemilang Gambar di sebelah menunjukkan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah digunakan dari tahun 1896 hingga 1950. Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Orang ramai telah dijemput untuk memberikan pendapat serta membuat undian tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Rekaan ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah telah terpilih. Rekaannya menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk menerima rekaan berkenaan. Rekaan bendera itu akhirnya telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat kali pertama dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Majlis Raja-Raja telah memperkenankan rekaan Bendera Malaysia berdasarkan rekaan asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur dan pecahan bintang bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan kelahiran Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Empatbelas jalur dan empatbelas pecahan bintang melambangkan maksud yang baru iaitu tigabelas buah Kerajaan Negeri dan satu Kerajaan Persekutuan.

Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke40, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Jalur Gemilang sebagai nama rasmi bendera Malaysia.

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia