Banner created with MyBannerMaker.com

Selasa, 2 Mac 2010

PANITIA PSV

Organisasi Kurikulum

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan Seni Visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemhiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan.

Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintergrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan Seni Visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentuk. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid.

Kedua-dua bidang ini menjurus kepada matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya adalah untuk pembinaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Pengajaran dan pembelajran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan Seni Visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidiakn Seni Visual dapat dikembangkan.

Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan pendedahan dalam bidang Seni Visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan